Referendum kemerdekaan Scotland 2014

Referendum kemerdekaan Scotland 2014 merujuk kepada pungutan suara rakyat Scotland mengundi merdeka pada hari Khamis, 18 September 2014. Perdana Menteri Britain, David Cameron dan Ratu Elizabeth II menyatakan pengundi Scotland harus bijak memilih sama ada terus kekal di dalam kesatuan United Kingdom atau merdeka sepenuhnya dan memerintah sendiri. Hasilnya nanti UK akan berpecah dua dan mereka akan mengikut haluan masing-masing buat selama-lamanya. Kesatuan itu telah bertahan selama 307 tahun. Masih ramai mahu Ratu Britain yang bersemayam di Istana Buckingham terus kekal berkecuali selaku pemerintah dan ketua negara; ibunda Ratu Elizabeth II sendiri berbangsa Scotland.[1]Hasil perjanjian antara Scotland dan kerajaan United Kingdom, Referendum Rang Undang-undang kemerdekaan Scotland telah dikemukakan pada 21 Mac 2013. Parlimen Scotland telah meluluskannya pada 14 November 2013 dan menerima Perkenan Diraja pada 17 Disember 2013. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya pengundi hanya perlu menyatakan merdeka Ya atau Tidak. Semua penduduk di Scotland berusia 16 atau lebih boleh mengundi, sebanyak lebih 4 juta orang. Banyak pihak mula berkempen terutama parti politik, kumpulan perniagaan, surat khabar dan individu terkemuka. Isu kempen termasuklah mata wang Scotland yang bebas, perbelanjaan awam dan minyak Laut Utara.Hasil referendum itu: 55.3 peratus daripada mereka yang mengundi memilih untuk kekal (Better Together). Baki 45 peratus lagi pula memilih untuk merdeka sepenuhnya (Yes Scotland).[2] Jumlah pengundi hadir 84.6% agak tinggi bagi United Kingdom.